Friday, 3 August 2012

"Ketua Pemimpin Pelajar"

Assalamuaalaikum !


               Haii ! Apa kata hari ni kita cerita pasal " KETUA PEMIMPIN PELAJAR ''. Korang tau apa tu, alaa ketua pengawas lah. Kat sekolah aku panggil tu je. Kenapa tiba-tiba aku nak cerita pasal ni eh ? sebab kat sekolah aku Ketua Pemimpin Pelajar lah ! So, aku nak share sikit pengalaman aku pegang jawatan tuh ! sebelum tu kita tengok dulu tugas sebagai ketua ni okey : 

Ketua Pengawas
1. Memastikan aktiviti Lembaga Pengawas berjalan dengan lancar.
2. Memastikan ahli Lembaga Pengawas menjalankan tugas yang telah ditetapkan.
3. Mempengerusikan Mensyuarat Lembaga pengawas
4. Menyelia aktiviti Lembaga Pengawas
5. Mengadakan perbincangan dgn Exco Tertinggi utk membuat tindakan yang melibatkan
kepentingan semua pengawas.
6. Mengetuai segala upacara rasmi Lembaga Pengawas.
7. Menjadi lambang kecekapan Lembaga Pengawas
8. Mnjadi teladan dan panduan kepada ahli Lembaga Pengawas dan pelajar lain.

        Haa ? Amacam ? Susah kan. Tapi itu lah yang aku kena buat sepanjang aku pegang jawatan ni tau. Dari first aku pegang tahun lepas sampai hujung tahun ni je. Tapi macam-macam aku dah lalui. Ada yang manis ada yang pahit. Adatlah kan. Yang pahit tu of course semua student akan judge kita, cikgu pun sama. Paling banyak keburukkan kita lah, bila kita salah sikit, atau cara kita ke ada yang tak boleh diterima mesti akan ada mulut-mulut yang suka nak kritik ! Tapi aku anggap tu semua COBAAN je, sebab memang kebiasaannya mcm tu kan manusia sekarang, suka kritik bila ada yang tak suka. Hahaha :D kedua, mungkin ada rasa sikit penat lah. Yelaa dengan study lagi, tugas pun ada yang kena banyak uruskan cepat. Macam-macam lah ! XD


         Kalau manis nya, semua orang kenal kita. Ada yang baik tu baiklah. Senang kita nak control. Yang kurang tu yang susah sikitlah. Aku sentiasa dipanggil untuk bantu cikgu tu, cikgu ni. Biasalah dah tanggungjawab kan. Aku buat je. Bila pegang je jawatan ni serta-merta kita akan jadi orang penting. Banyak jugaklah kelebihan yang kita dapat. Contohnya, dapat asah 'leadership' dalam diri kita dan automatik kita akan berani berkomunikasi di hadapan ramai orang tau. Tu susah nak dapat ability macam tu kat mana-mana. So, bila pegang je jawatan ni serba sedikit aku banyak improve diri aku.

         So, itulah dia perkara-perkara yang aku lalui sepanjang jadi ketua ni..Actually, banyak lagi tapi malas nak taip..hahaha XD cerita yang basic-basic dah laa kan..haha..Yang penting HATI ! Hati mesti mau ikhlas. Pegang apa jawatan pun, kalau tak ikhlas tak guna jugak kan. Sebab benda ni semua banyak bagi kita pedoman dan petunjuk untuk kehidupan yang akan datang. Okey sampai sini je.. :)


ITU SAJA. LAIN KALI CERITA LAGI. KBYE, ASSALAMUAALAIKUM !

No comments:

Post a Comment