Friday, 10 August 2012

MALAM LAILATUL QADAR

Assalamuaalaikum !




Dah lama tak update blog. Al maklumlah minggu ni exam, in fact exam ni pun tak habis lagi. Minggu depan tinggal lagi satu paper. Hmm hari ni pun takde cerita cuma nak berkongsi tentang MALAM LAILATUL QADAR. Rasanya semua orang tau kan pasal ni. Malam yang lebih baik dari seribu bulan, penuh dengan KEBERKATAN. Malam dimana para malaikat turun dengan membawa keberkatan dan kebaikan kepada umat islam yang beribadah. Sesiapa yang dapat kebaikan pada malam tersebut adalah orang yang paling beruntung.

Best kan macam tu, so disini aku nak share sikitlah tanda-tanda MALAM LAILATUL QADAR ni :


Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :

  • Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
  • Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
  • Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
  • Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
  • Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.


    Tanda Dan Alamat



    Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.



    Apa-apapun, selamat beramal, semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dari-Nya ye. Banyak-banyak lah buat amalan sunat barulah kita dapat rasa 

    MALAM LAILATUL QADAR ni. Sekian terima kasih ^_^.




ITU SAJA. LAIN KALI CERITA LAGI. KBYE, ASSALAMUAALAIKUM !

Friday, 3 August 2012

"Ketua Pemimpin Pelajar"

Assalamuaalaikum !


               Haii ! Apa kata hari ni kita cerita pasal " KETUA PEMIMPIN PELAJAR ''. Korang tau apa tu, alaa ketua pengawas lah. Kat sekolah aku panggil tu je. Kenapa tiba-tiba aku nak cerita pasal ni eh ? sebab kat sekolah aku Ketua Pemimpin Pelajar lah ! So, aku nak share sikit pengalaman aku pegang jawatan tuh ! sebelum tu kita tengok dulu tugas sebagai ketua ni okey : 

Ketua Pengawas
1. Memastikan aktiviti Lembaga Pengawas berjalan dengan lancar.
2. Memastikan ahli Lembaga Pengawas menjalankan tugas yang telah ditetapkan.
3. Mempengerusikan Mensyuarat Lembaga pengawas
4. Menyelia aktiviti Lembaga Pengawas
5. Mengadakan perbincangan dgn Exco Tertinggi utk membuat tindakan yang melibatkan
kepentingan semua pengawas.
6. Mengetuai segala upacara rasmi Lembaga Pengawas.
7. Menjadi lambang kecekapan Lembaga Pengawas
8. Mnjadi teladan dan panduan kepada ahli Lembaga Pengawas dan pelajar lain.

        Haa ? Amacam ? Susah kan. Tapi itu lah yang aku kena buat sepanjang aku pegang jawatan ni tau. Dari first aku pegang tahun lepas sampai hujung tahun ni je. Tapi macam-macam aku dah lalui. Ada yang manis ada yang pahit. Adatlah kan. Yang pahit tu of course semua student akan judge kita, cikgu pun sama. Paling banyak keburukkan kita lah, bila kita salah sikit, atau cara kita ke ada yang tak boleh diterima mesti akan ada mulut-mulut yang suka nak kritik ! Tapi aku anggap tu semua COBAAN je, sebab memang kebiasaannya mcm tu kan manusia sekarang, suka kritik bila ada yang tak suka. Hahaha :D kedua, mungkin ada rasa sikit penat lah. Yelaa dengan study lagi, tugas pun ada yang kena banyak uruskan cepat. Macam-macam lah ! XD


         Kalau manis nya, semua orang kenal kita. Ada yang baik tu baiklah. Senang kita nak control. Yang kurang tu yang susah sikitlah. Aku sentiasa dipanggil untuk bantu cikgu tu, cikgu ni. Biasalah dah tanggungjawab kan. Aku buat je. Bila pegang je jawatan ni serta-merta kita akan jadi orang penting. Banyak jugaklah kelebihan yang kita dapat. Contohnya, dapat asah 'leadership' dalam diri kita dan automatik kita akan berani berkomunikasi di hadapan ramai orang tau. Tu susah nak dapat ability macam tu kat mana-mana. So, bila pegang je jawatan ni serba sedikit aku banyak improve diri aku.

         So, itulah dia perkara-perkara yang aku lalui sepanjang jadi ketua ni..Actually, banyak lagi tapi malas nak taip..hahaha XD cerita yang basic-basic dah laa kan..haha..Yang penting HATI ! Hati mesti mau ikhlas. Pegang apa jawatan pun, kalau tak ikhlas tak guna jugak kan. Sebab benda ni semua banyak bagi kita pedoman dan petunjuk untuk kehidupan yang akan datang. Okey sampai sini je.. :)


ITU SAJA. LAIN KALI CERITA LAGI. KBYE, ASSALAMUAALAIKUM !

Wednesday, 1 August 2012

time to up-to-date lahh...

Assalamuaalaikum !



          Apa khabar teman-teman semua ? haha Yeahh mestilah sihat kan..and yes, I'm fine too, Thanks you ! hehehe..hmm lama kan aku dah tak update blog ni..Maklumlah lappy aku ni actually dah nazak sangat.. Mana tidaknya, dah kena serang VIRUS. Sakit pulak hati kita ni ! grrrr.. hahaha..


            Nak tau macamana boleh kena VIRUS ? Uishhh panjang ceritanya..hahaha takpe biar aku pendekkan.. Aku dapat VIRUS ni daripada laman web sosial terkenal, Facebook ! Ingat FB ni apa ? guna untuk berhubung ke ? Ohh tidak, menghubungkan VIRUS pun boleh tau ! haha SIOT je kan.. Aku tengah melayan FB ni lah, pastu tetiba ada orang ada hantar link melalui chat. Aku pun lurus pergi klik link tu, tengok-tengok nah ! Habis Google Chrome yang aku guna ni terus terpadam. Dah kene Virus lah tu..

            Beriya-iya lah aku guna ANTI-VIRUS AVIRA bodoh aku tuh..dah lah lama tak update, memang kenalah lappy aku ni.. Tak menjadi jugak nak melawan.. memang bengang lah masa tu kan.. Last-last aku hantar lappy aku kat member baik aku ni, si TEAH ! nasib baik bapak dia reti nak format-format ni, kalau tak naya aku..Fuhh kelmarin aku hantar hari ni siap..(kepada teah : thanks sangat-2 babe, nanti ada duit aku terus bayar okey ! Insyaallah dalam masa terdekat ) Tu yg teros update ni..hahaha..tapi memang menyesal lah beb..mana tidaknya, link yang aku dapat tu dari orang yang aku tak kenal !


            Pergghhhh ! lagi sakit hati kan ! Menyirap+Berbulu je aku dengan orang tuh..Pasni pengajaran lahh okey, kalau ada orang yang kita tak kenal bagi link, JANGAN sesuka hati pergi klik..memang nahas lah korang ! hahaha..FB sekarang ni dah bahaya..Macam-macam boleh jadi..huhu..hmm tu cerita pasal VIRUS..sekarang nak cerita perkembangan aku pulak..hahaha nak tau ? Jum~ :D


                 Hidup aku macam biasa je..Semalam pergi sekolah boleh kena senak perut ni, CIRIT BIRIT..hahaha dia punya pedih tak boleh nak cerita lah..nak tau ? rasa sendiri lah..haha tak jadi nak teruskan persekolahan..haha terus minta off satu hari.. tak dapat nak tengok MY SAYANGG aku..haha.. tapi takpe, balik dapat mesej...hahaha..lepas rindu, wuhuuu~ minggu ni memang penuh dengan CERMAI je..nak tau apa tuh ? CEMERLANG INTELEK da..program tu just ada exam pendek je setiap waktu free..

                 By the way, minggu depan ada exam pulak ! PRA-TRIAL okeyy ! huhuhu..nervous+stress lahh beb, mana taknya, aku tak buat persiapan sangat..tapi takpe, minggu ni cuti 3 hari kot..hahaha..dapatlah buat preparation sikit..harap-harap exam kali ni mencapai lah target aku yepp nak dapat pointer tinggi sikit..hehehe.. pastu baru dapat meraikan RAYA kali ni..huahuahua..sekarang pun puasa dah masuk 13 hari dah.. Alhamdulillah, berjaya buat penuh setakat ni..hehe.. Okey dah laa, penat lah..Apa-apa pun, ada perkembangan terbaru aku tulis lagi okeyy, CHOW ! :D jyeahhhh~


ITU SAJA. LAIN KALI CERITA LAGI. KBYE, ASSALAMUAALAIKUM !