Monday, 16 July 2012

My Love Story

Assalamuaalaikum semua !

    Di malam yang sunyi dan membosankan ni ( walaupun aku banyak kerja nak kena buat..HAHA ), aku nak ceritakan cerita yang mungkin tak penting tapi cukup bermakna dalam hidup aku. Nak tau cerita apa ? yeahh pandai ! ceritera cinta aku lahh.. Huhu..Well, Let me begin...<3
    Kalau sebut pasal cinta, hati aku cuma terbayang pada satu-satunya Cinta Hati aku yang paling tinggi dalam hati aku. Mungkin ceritera cinta aku ni taklah sehebat mana tapi dialah yang dah berjaya menawan hati aku bila pertama kali aku pandang dia.. Yes ! kisah percintaan aku ni bermula dengan Cinta Pandang Pertama okey, kau ada ?..haha aku sendiri pun tak faham dengan perasaan aku ketika itu, tapi aku yakin memang itulah  yang dinamakan CINTA ! haha..

     Dia yang dimaksudkan itu ialah seorang gadis yang sangat comel, memiliki wajah yang ayu, cantik, baik, lemah lembut..senang cerita semua ciri-ciri isteri pilihan yang aku inginkan ada pada dia..Seriusly, sekarang ni hanya dia yang betul-betul aku sayang sangat. Aku ikhlas menyayangi dia dan aku betul-betul berharap dialah yang terakhir untuk aku. Walaupun nanti pasti akan ada banyak halangan tapi aku akan cuba sedaya upaya mempertahankan hubungan kiteorang. Yelaaa, kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya.

     Hubungan kiteorang baru je lagi. Dalam 3-4 bulan camtu lah.. Well, setakat ni masih okey cuma sikit-sikit tu adalah perasaan cemburu yang dah menguasai diri..Biasalah kan, terus terang aku ni memang kuat cemburu pun. Aku takut kalau dia berubah hati pulak. Tapi itu bukan bermaksud aku nak mengongkong dan tak percayakan dia. Aku tak kisah kalau dia nak bercakap atau berjumpa dengan kawan-kawan dia cuma kalau orang lain (lelaki) tu susah sikit la kan. Maklumlah rambut sama hitam hati lain-lain kan. Macam-macam boleh jadi sekarang ni. Aku bukan apa, aku sayang dia sangat and aku nak dia satu hari nanti jadi yang halal buat aku.
     Dalam percintaan, aku kalau dah sayang sangat, aku akan setia dengannya selagi jodoh antara kiteorang masih kuat. Harap-harap kekal lahh ek.. Hmm nak tau nama dia ? Alaa, segan nak mention.. Takpelaa, nanti-nanti lah.. Kepada Capital H, saye sayanggg awak sangat-sangat-sangat !! Saye doakan hubungan kita akan menjadi bertambah manis dan kekal sampai bila-bila tau ! LoVe U biE.. <3 ahaks~


Okeyy sampai di sini sahaja, mata dah ngantok..nanti citer lagi..okey byee ! :)Lagu Untukmu Sayang~ :)
ITU SAJA. LAIN KALI CERITA LAGI. KBYE, ASSALAMUAALAIKUM !

No comments:

Post a Comment