Assalamuaalaikum !
Urghhhh ! Malam-malam macam ni sumpah tak sedap badan ! Otak tetibe
kusut,
pening,
blurr and macam-macam lah yang tengah bersarang kat dalam tuh ! Uhhh ! Ni yang terpanggil nak update entry baru pulak..huhu..
Nak cerita sikitlah hari ni memang mood aku tak berapa baik lah.. Makin lama makin aku rasa pelik selama aku berada kat dalam Form 6 ni, macam-macam yang jadik kat aku..Memang Allah sengaja nak uji aku agaknya..Takpelah aku terima itu seadanya yang penting aku
SABAR. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.
Aku tak tau nak luah kat siapa..So yang baca ni kira jadi pendengar lah eh.. THANKS KORANG ! huhu :) cheers up jugak aku..haha..but still the same..Mungkin dugaan ni datang daripada jawatan yang aku pegang sekarang kot.. jawatan
Ketua Pemimpin Pelajar..
Nak tau, aku dapat pegang jawatan ni pun sebab memang dah cikgu pilih aku. Aku nak tolak tak boleh sebab dah tade calon lain boleh ambil alih lagi. So, nak tanak aku terima jelah. Aku dah memang tau jawatan ni memang besar tanggungjawabnya, tapi aku fikir mungkin cara ni aku dapat Improve diri aku lagi.
Dugaan yang pertama sekali yang aku hadapi sekarang ialah dengan budak junior atau dengan anak buah (PP) aku..Yelah, kita tak tau kita ni disukai atau dibenci. At first, aku nampak hampir semua orang dapat terima aku. Aku pun sentiasa buat yang terbaik untuk mesra dengan dieorang at the same time kita cuba atasi masalah disiplin. Tapi yang tak suka yang payah ni. Daripada pandangan aku, hanya ada segelintir jelah. Seriusly, aku tak tau apa masalah dieorang, aku bukan ada buat apa-apa pun dgn dieorang.
Kalau betul cara aku salah, apa salahnya cerita depan-depan kan. Tak perlu nak guna Twitter, Facebook untuk luahkan perasaan kau tuh..Macam aku tak tau kan, aku baca semua dah lah..Tapi takpe..Aku fikir tak semua orang boleh terima kita kan. Peliknya, dieorang sibuk nak cerita pasal aku pun taktau lah. Kalau betul cara aku, dah memang itu sifat aku, nak buat camne kan.. Tak Kenal Maka Tak CintaLah ! aku ni kalau kau baik dgn aku, aku boleh 10X baik daripada orang tu.
Aku memang tak suka nak marah-marah. Terpulang lah. Kalau kau tak suka orang judge kau, aku pun tak suka orang judge aku. Tu je. FULLSTOP. Kau tak suka aku takpe, tapi tak perlu buat mcm tu, aku lagi prefer kau jumpa and tegur direct je dgn cara yang Baik ahh kan. Aku boleh dibawa berbincang. Insyaallah after that aku boleh berubah. Daripada kau buat camtuh, aku yg dapat PAHALA nanti. Btw, THANKS sangat-sangat tentang tu. huhu..
Kalau kau nak sangat aku blah, yes lagi 4 bulan je. Sabar okey. Kau ingat mula-mula aku nak masuk form 6 ! aku dah takde pilihan lain. So aku teruskan je demi MASA DEPAN aku je. Then you can keep your life mcm biasa okey. Tolonglah support kiteorang sikit. Takkan kita orang Melayu nak jatuhkan orang kita sendiri kan.. Apa-apa pun ni lah hakikat yang aku terima dengan Redha.
Dugaan yang kedua tentang TUGAS. Ya Allah, kau jelah yang Maha Mengetahui rasa yang aku rasa selama ni. Dengan study nya. Memang payah aku nak handle. Dah lah sekolah tu ada 1000 lebih student. Dengan anak buah (PP) lagi. Perghhh sakit dado den lah.. tapi takpelah. dah tanggungjawab kan. Nak cerita sikit lah, tentang tugas ni, aku kat sekolah tiap-tiap pagi handle perhimpunan. Dekat back stage lah. Yg depan satu hal. Pastu waktu rehat pulak. Dengan cikgu yg suka minta bantuan aku. Dengan kes/masalah budak-budak bermasalah lagi. Tak cukup bertanggungjawab ke aku nih. uhh~ -,-
Tu pun ada cakap aku tak bertugas. Kalau korang kat tempat aku korang akan rasa apa yang aku rasa then baru korang akan fikir apa yang aku buat ni betul ke tak. Macam yg aku cakap tadi, TAK KENAL MAKA TAK CINTA KAN. Dah kenal tau lah nanti macamana. Yang penting aku buat tu ikhlas. Aku buat atas rasa tanggungjawab bukan sebab aku nak saje-saje berlagak aku ni kuat kerja. Tau tak, ingat best buat kerja-kerja tuh ! tapi aku buat jugaklah. Dengan niat kerana ALLAH TAALA.
So, tu jelah dugaan yang aku hadapi selama ni. Kadang-kadang rasa TENSION giler tapi nak buat camne, selagi aku masih boleh bersabar aku sabar..Tak lama lagi dah pun, kepada orang yang DISLIKE tu harap korang hentikanlah. Aku dah penat. Setiap orang ada buat salah kan. Kita kena selalu maafkan orang. Yang penting HORMAT. Apa perasaan kita kalau orang tak HORMAT kita pulak kan.
FIKIR-FIKIRKANLAH okeyy..Semoga aku lebih tabah lepas ni. Aku berdoa, harap Allah permudahkan segala-galanya. Nak cerita banyak, nantilah k..SORRY kalau ada terkasar bahasa, Yang baik datang daripada Tuhan, Yang buruk datang dari kita semua. Thanks for reading. huhu
ITU SAJA. LAIN KALI CERITA LAGI. KBYE, ASSALAMUAALAIKUM !