Apa cer hari ni ? hmm tarak yg interesting lahh..So citer jelah apa-apa yang patut eh ? huhu.. Okeyy apa kata hari ni kita citer sikit tentang perbezaan antara blogger lelaki and blogger gadis-gadis..hehe ataupun a.k.a Blog Lelaki vs Blog Perempuan. hmm kalau rajin cuba anda search di Google blog-blog kepunyaan kaum lelaki dan kaum perempuan.. Perghhh banyak beza beb.. Nak tau apa ? jom kita lihat :
1. Blog Lelaki : dari segi colour, of course lelaki punye blog kebanyakkannya guna colour yang menampakkan kelakian. Contoh : biru, merah, hijau, hitam atau warna-warna gelap sikit.
Blog Gadis : colour untuk perempuan banyak yang cerah-cerah je.. Contohnya, pink ke, warna ungu, putih, cream dan yang sewaktu dengannya.
2. Blog Lelaki : dari segi temanya, lelaki akan guna tema yang menunjukkan sifatnya. Contohnya maybe dia seorang ego so tema untuk blognya nampak lebih matang sikit. Simple je. Kalau yang jiwang ada lah sikit LOVE-LOVE tapi tak ketara dan lain-lain.
Blog Gadis : Tema untuk mereka ni kebanyakkannya sama sebab mereka suka menunjukkan dunia mereka yang macam kemanjaan atau 'kegedikkan' dalam blog mereka. Contohnya apa yang mereka suka mereka akan Design mengikut citarasa mereka je.
3. Blog Lelaki : dari segi post atau entry mereka pulak : Lelaki ni lebih suka post sesuatu yang meraka suka nak sharekan. Contohnya pendapat tentang isu semasa atau apa yang telah terjadi pada mereka. Mungkin ada sesetengah tu ada jugak lah yang post jiwang-jiwang ( tengah kemaruk cinta kot ) haha..
Blog gadis : Kaum ni pulak banyak yang suka share tentang apa yang mereka RASA. Contohnya marah ke, suka ke, happy ke, tengah dilamun cinta ke or whatever lahh..haha.. Yang paling penting mereka ni suka share tentang kehidupan mereka secara DETAIL pulak tu..haha pelik-pelik..Tapi hakikatnya lelaki suka nak baca..Hahaha..
4. Blog Lelaki : dari segi hiasannya/Design, lelaki punya blog nampak lebih simple dan widgetnya lebih kearah kelakian lah kan. Tade satu pon icon perempuan dalam blog mereka kecuali ada aweks jelah kot..huhu
Blog Gadis : Fuyoo..Dah laa colour full dengan pinky-pinky pastu banyak pulak widget LOVE-LOVE camtu..Kalau yang widget perempuan tu jangan cakaplah kan. Dengan lagu nya lagi..Blink Blink mata aku tengok blog dieorang ni.. Takleh nak cakap apa lah kan, dieorang ni kan kreatif..huhu.. :)
5. Blog Lelaki : dari segi Followers pulak, haishhh lelaki ni kalau banyak cerita dapatlah banyak pengikutnya, kalau yang biasa-biasa a.k.a simple je memang susah nak dapat followers.. Betul Tak ? haha
Blog Gadis : Perempuan pulak kan, hmm senang je, letak gambar cun-cun sikit confirm ramai followers..Lagi-2 yang cantik-2..haha faham-2 lahh lelaki kan..haha and ada jugak yg post ayat-2 yang manja sikit, haa tu dia ramai pengikutnya..haha
Apa-apa pun rupa blog kita yang penting jangan ada benda-benda yang tak sepatutnya dah laa okeyy..Tengok macam aku punye..Aku guna tema Natural..Simple je kan..haha..harap-2 ramai lah follower aku..huhu.. So apa-apa kita sambung cerita okey..huhu

.jpg)
.jpg)



No comments:
Post a Comment